Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai x terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi..
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,meneliti,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri..
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga...
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki x kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa...
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya...
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga x dikerah...
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh...
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah...
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan