Jumaat, 25 November 2016



kawan ni pelbagai.

ada yang ada harini, esok dah tak ada.
ada yang nampak harini, esok baru tahu nama.
ada yang sombong harini, esok dia lah kawan yang rapat gila.

orang selalu cakap :
"kalau nak cari kawan, biar lah yang kenal Tuhan.".

tapi aku nak pesan :
"kalau nak berkawan, jangan sampai dia jadi Tuhan."

memang,

kawan takkan ada dengan kau di setiap hembusan. sampai masa, dia akan pergi. .

tapi,

selagi segala kisah bersama di sebalik hembusan itu masih kau simpan, dia akan tetap di hati.

sayang lillah.💕

Ahad, 5 Jun 2016

Selasa, 2 Februari 2016


Sampai satu ketika, kau rasa lemah.
kau rebah. kau mengalah.
semua yang kau buat, semua salah.

penat.
penat dengan dunia.
hati gelap. jiwa ranap.

rasa nak lari. 
lari dari kehidupan sekarang.
jiwa meronta ronta. semua serba tak kena.

kau perlukan sesuatu. 
tapi kau tak tahu. apa yang kau mahu.

rasa kosong. rasa lopong.
kau cuba untuk mengisi. tapi tak jadi.

dahi kau rebahkan ke sejadah.
meminta belas kasih sang Ilah.
kau luahkan segala nya pada Dia.
yang tak mampu kau luah pada manusia.

saat itu ketenangan hadir. 
baru kau sedar Dia sentiasa menanti.
Dia tak pernah menyisih.
Dia sentiasa dekat. sentiasa merapat.

kepada Allah yang Maha Mendengar.
aku meratap. menangisi dosa lama.
walau dilarang, tetap diulang.
marah kepada diri sendiri.
yang selalu lupa diri.
yang selalu lari dari Ilahi.

sekarang kau mengerti.
kekosongan itu dari dalam hati.
yang dah penuh dengan dunia.
yang tak pernah kisah dengan alam sana.

sekarang kau mengerti.
jeritan ituu jeritan iman.
yang dah makin kecundang.
yang dah lama tak digilap.
di biar berkabus. berhabuk.

sememangnya kau zalim.
zalim kepada diri sendiri.
ya. mulai saat ini kau berjanji.
untuk bangun kembali.
bangun mencari chenta Ilahi.

tapi kehidupan ini tak pernah tak lelah.
yang ada di dunia tak selamanya indah.
nak jadi baik bukannya mudah.
sebab syurga Allah bukannya murah.

kau diuji. dan terus diuji.
ujian ini takkan pernah henti.

langkah permulaan dibayar celaan.
mulut manusia tak pernah puas.
kau cuba berubah tapi dikata tiruan.

pujuk hati. tolong bertahan.
jangan cepat mengalah di tengah jalan.
saat ini kau tak perlukan sesiapa.
cukuplah penemanmu hanya Tuhan.

semoga hati kau terus kental.

Sabtu, 30 Mei 2015




Mata manusia ..
Mungkin itu yang terbaik.

Bila itu bermanfaat pada diri kita.

Bila itu dapat beri yang indah indah saja.

Bila itu dirasakan yang sempurna.

Bila itu dah mula beri cahaya di depan sana.

Tapi itu mata manusia.
Yang sentiasa ada batasnya.

Kadang mendatangkan bahagia.
Kadang juga bawa kepada binasa.

Maka, serahkan lah kepada yang mengetahui segala isi dunia.

Serahkan lah pada Tuhan mu Yang Maha Esa.

Tuhan yang menyusun segala cerita dengan cinta.

Tuhan ..

Kuatkanlah jika itu yang boleh bawak aku ke syurga.

Mudahkanlah apa yang terbaik untuk aku dan ummah di luar sana.

Rabbi yassir.

 --ya. Aku, hamba yang senantiasa perlukan cahaya dari Dia.

...........

"Pi ambik wudhuk sekarang. Solat istikharah."

"Okay."

Ahad, 1 Disember 2013

Mukhayam 2013 ~

"Sebelum daki, refresh niat. Kita datang sini kerana Dia."

Senior itu memberikan sedikit peringatan. Peringatan yang membuahkan semangat. Sebelum kami mula mendaki Gunung Jerai sejauh 12km.

"Anggaplah pengembaraan ni macam kehidupan kita."

Eh ? Masing-masing terpinga. Menunggu kata-kata seterusnya.

"Nak mendaki, ada banyak halangan. Nak jalani kehidupan, ada banyak ujian. Sementara nak sampai puncak, akan rasa penat. Banyak kali duduk dan rehat. Tapi bangun balik untuk sampai kat atas. Macam tu lah dalam kehidupan. Bila tersungkur, bangun balik. Jatuh lagi. Bangun lagi. Untuk sampai ke hujungnya."

Ohh. Otak mencerna.

"Dengan penatnya mendaki, kita dapat melihat indahnya suasana kat atas sana. Dan dengan tabahnya menghadapi ujian, kita akan dapat syurgaNya. Pengakhiran yang sangat indah."

"Jom ! Mulakan dengan bismillah. Tajdid niat. Terus mujahadah !"

..............................

"Penatlaaa. Rehat jap."

Dia duduk di tepi jalan. Mengumpul kekuatan.

"Jom lah. Kita rehat kat atas nanti. Kami tak sabaq nak sampai atas dah ni."

Huu, semangatnye dye.

"Takpa lah. Hampa naik dulu. Ana tunggu dia."

"Takpaa takpaa. Kami tunggu jugak."

Senyum. :)

Biar kita lambat sampai. Asalkan kawan-kawan tak tertinggal. Tak gituh ?

.................................

"Laju je naik. Tak penat ke ? Hebat ah."

"Dulu kan, Rasulullah mendaki lebih tinggi daripada gunung nih. Sehari dua kali. Turun naik. Dan jalan dia tak cantik macam ni. Bila aku teringat kisah tu, aku rasa semangat. Rasulullah sanggup mendaki lebih jauh daripada ni untuk lebarkan dakwah. Dan Rasulullah tak pernah mengeluh. So, kalau buleh aku nak rasa kesusahan itu walaupun sedikit."

Terkaku. Terpaku.

..................................

Pengisian lepas Maghrib~

"Alhamdulillah. Semua selamat sampai kat atas."

Semua mula menumpukan perhatian. Walaupun ada mata yang dah layu. Kaki sakit. Badan lenguh-2.

"Kita ada kat sini, bukan saja-saja. Bukan untuk seronok. Tapi untuk dekatkan diri kepada Pencipta. Jom sama-sama tajdid niat. Ambik lah peluang yang ada. ...."

Yaaa. Betul apa kata dia.

Bukan senang nak dapat suasana yang macam ni. Suasana yang tenang. Jauh daripada orang ramai. Jauh daripada persekitaran yang membahayakan. Kat sini lah, tempat untuk bina jati diri. Hidupkan balik hati-hati yang mati.

Kumpul bekalan sebanyak mungkin. Untuk menempuh hari mendatang. Yeaahh !

Semua diberi peluang untuk kongsikan pengalaman masing-masing. :)

Malam tu aktiviti santaii. Ada yang masak. Ada yang lepak-2. Ada yang khusyu' dengar cite. Bedtime story la kot. Ada jugak yang buat konsert. Wohooo. Yang pastinya, awal lagi aku dah off. Huh ! Takleh tahan dahh. >.<

......................................

Kat London sekarang tengah musim bunga. Huu, cantik ! Subhanallah. Ehh. Tapi kenapa rasa basah je?

"Bangun-2.Hujan lebat nih."

Mata digosok perlahan. Ehhh. Err. Mimpi rupenye.

"Rasa basah tak? Khemah masuk air rasanya. Kat tepi-2 ni dah basah. Ada kain tak?"

"Ana ada. Saatt!"

Kain batik itu dihulurkan.

"Basah lagi lah. Hujan lebat sangat. Dah buleh rasa air mengalir kat bawah khemah ni."

Masing-masing buntu. Tak tau apa nak buat.

Tetibe pintu khemah diketuk.

"Khemah hampa basah dak ?"

"Basah basah !!"

"Angkat beg. Bawak pi surau."

................................

Ya Allaaahh. Sejuk ter amat sangat. Kepala berdenyut. Rasa macam .. perut nak keluarkan isinya. Allahh~

"Nt oke tak ?"

Senyap. Nak bukak mulut pun dah tak larat. Takut benda lain yang keluar. Huhu.

"Duduk kat tepi ni. Tidur tidur."

Tetibe dengar suara muallimah. Cepat je aku duduk. Haha. Memang dah rasa nak tumbang. Pejam mata. Ya Rabb. Sakitt ! Jatuh la setitik dua. Huhu. Kenapa mesti sakit masa ni ? Ujian tu kan kifarah dosa. Ada hikmah !! Yaaa, ada hikmah. Dengan tak sengaja, aku terlelap kat situ.

Tak lama lepas tuh, aku terjaga. Hujan mula surut. Rasa macam ada orang urut belakang. Nak toleh, takleh. Oke, biarkan seketika. Kepala berdenyut lagi. Ohh, ujian apakah? Banyaknya dosa aku. T.T

"Adik adik ! Bangun ... Dah pukul 5. Bangun ambik wudhu'. Kita buat qiyam sesame."

Semua pakat bangun. Menuju ke paip yang berdekatan. Ada yang ke tandas. Yang pastinya, aku masih di situ. Nak join. Tapiii .... Hukhuk. Lemahnyaaaa aku. Sakit macam tu pun dah tak mampu bangun untuk beribadah.

Orang lain sibuk sujud kepada Dia. Aku ? Hanya mampu melihat.

Nanges.

.................................................

"Sakit lagi tak? Takyah pegi lah pagi ni. Dok je kat sini."

Pagi tu, ada jungle trekking. Memang tak pegi lah. Kepala pun tak berapa nak ok lagi. Muallimah tu siap pesan,

"Kalau rasa tak larat, takyah la pi. Nanti menyusah orang pulak nak kena usung bawak balik."

Baik, muallimah. Huhu.

...................................................

Lepas siap-2 cuci surau, sungai tu macam panggil-2 je nama aku. Haha.

Pegi laa lepak kejap kat tepi sungai. Allahuu~ Tenangnya.

Orang kataa,
Jadilah seperti air sungai.
Biarpun banyak batu yang menghalang, ia tetap mengalir.
Bagi manfaat pada orang.

Dengan sungai pun kita boleh belajar kan? =]

..................................................

"Hampa ni mesra sungguh. Macam mak dengan anak."

"Wehh ! Hiperbola gilaaaa. Boooo!"

Ehh? Kenapa tetiba cerita nih? Skip skip.

..................................................

Oke, tak mampu untuk teruskan cerita. Sampai sini dulu. Nanti sambung lagi. Assalam.

Khamis, 21 November 2013



Dakwah. Bukan jalan mudah.
Dakwah menuntut segala-galanya.

"Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.
Cinta akan meminta semuanya dari diri kita.
Fikiran kita.
Perhatian kita.
Berjalan kita.
Duduk kita
Dan tidur kita."
-As syahid Hasan Al-Banna-

Wahai para pejuang agama Allah,
Sesungguhnya jalan ini, jalan Allah.
Padanya.
Nuh menjadi tua.
Yahya dibunuh.
Zakaria digergaji.
Ibrahim dilemparkan ke api yang membara.
dan Muhammad diseksa.

dan Anda menginginkan islam yang MUDAH ?

Jalan dakwah memang penuh berliku.
Tapi janganlah berhenti melangkah.
Kerana di akhir nanti ada sesuatu yang indah.


Sahabat,
Lebarkanlah dakwah.
Syurga menantimu.

Sabtu, 28 September 2013

26 Sept

"Ketahuilah, Allah tu sangat-II baik."

Dia pandang anak buah yang ada di hadapannya. Masing-masing tengah khusyuk mendengar.

"Ingat bebaik ! Dan kaitkan dengan kehidupan kita. Wallahu'alam."

....................

27 Sept

"Tidaaaaaaaaaakk ! Pintu terkunciiiiiiiiiii !!"

Semua pandang. Muka blur. -.-'

"Kenapa?"

"Pintu terkunci dari dalam. Takdak orang kat dalam."

"Haaaaaaaaaaahhh !!"

Baru la nampak muka cuak. Semua gelabah. Barang-II semua ada kat dalam.

"Nahh ! Try bukak dengan kad ni."

Dia terus ambil dan cuba untuk bukak pintu tu. Tak boleh.

"Macam mana? Kat atas takdak lubang kalau nak panjat pun. Nak masuk ikut tingkap pun tak boleh. Kunci dari dalam."

"Aahhhh. Kenapa jadi macam ni?"

"Sebab Allah tu kan SANGAT-SANGAT BAIK. DIA uji kita sebab DIA sayang. Rileks lah."

Allahuuu. Terasa kasih sayangNya di situ. Mungkin ujian ni datang untuk buatkan mereka lebih faham yang "Allah tu sangat-sangat baik". Senyum ~

....................

Dekat dua jam jugak la pintu tu nak boleh bukak. Ada jiran tolong pecahkan tombol pintu. Dan panggil sorang kenalan tolong gantikan tombol yang baru. Alhamdulillah, Allah dah mudahkan segalanya.

Duwet memang banyak yang melayang lah. Tapi. banyak pahala yang akan datang. Trust HIM ! InsyaAllah :)

Isnin, 27 Disember 2010

Salahkah Bila Berubah?


Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya.
Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...
"Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni."
"Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."
"Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover."
Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi.
Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, "Bangun Subuh!" Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat.
Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.
"Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni."
Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat.
Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya.
Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir.
Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu.
Mukanya berkerut menahan kesakitan.
"Kau tak apa-apa ke?" Izzat bertanya.
"Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?" Aliuddin bersuara garang.
Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin.
Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit.
Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada.
Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali?
Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?
Esok cuti sekolah bermula.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya.
Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas.
Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui.
Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.

........................................................................................................................................

(I) Isyak, (S) Subuh, (L) Luhur (Zuhur), (A) Asar, (M) Maghrib

  Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.


Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai
kekasih.


Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.


Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.


Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.


Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.


Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.


Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.


Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.


Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.


Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.


Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang
kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu


.Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Izzat, Sahabatmu
.............................................................................................................................
Bas meluncur laju membelah malam.
Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin.
Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas.
Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.
"Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya."
"Budak-budak tu la..." mulutnya memuncung ke satu arah.
"Budak-budak mana?" Izzat mencari-cari kelibat orang.
"Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid.
Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik.
Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!" Satu tumbukan padu dilepaskan.
Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.
"Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah."
"Meh sini aku check." Izzat membelek-belek muka Aliuddin. "Ish..." Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. "Dia saja main-main kot."
"Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat."
"Biarlah... Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free."
"Pahala free? Kenapa pula?"
"Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa."
"Owh... ye ke?" Izzat mengangguk.
"Aku dapat pahala?" Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok.
Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.
Berhimpit jerami di balik meranti,
Saying cemara akar terendam,
Kasih bersemi ikhlas di hati,
Menyejuk bara menghilir dendam.

Saya Benci OKU !!


Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.
"Tak mampu," kata mereka.
Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.
Merungut lebat, kerjanya lambat.
Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.
Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!
Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?
Sabar, sabar, sabar dulu...
OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.
OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.
Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?
Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.
OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


Ahad, 26 Disember 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...